Archive for Mac 2009

KAMERA KOMPAK idaman Malaya

2 Comments »





Ini adalah LUMIX LX3, suatu compak kamera idaman para fotografer macam aku. Member aku baru beli kamera nih, so aku take snap preview skek apa fungsi yg best pasal kamera ni. Lepas beberapa jam membega, akhirnya aku puas dengan kelebihan kamera kompak nih:

YANG BESh:
- lense nyer sangat wide sampai aku pon meleleh nk capture gambo. distort tak hengat!
- fungsi manual yang seakan DSLR dan fourthird camera. bley adjust apeture dari f2 sampai f8 dan shutter speed bley sampai 1/2000.
- white balance yang agak seronak, i mean seronok. auto dan manual, suka hati.
- lensenyer besh giler; ada 3 fungsi: macro|auto|manual (aku try macro dan resultnyer amat memberangsangkan!)
- harga RM1.5k (bagi aku cukup berbaloi!)
- butang joystick d sebelah screen amat bagus untuk menyenangkan pengguna meng adjust ape ape saje..

YANG KUReng:
- masa nak capture gambo, fokusnyer lambat. kene stay dalam 3,4 second utk kamera tuh nk fokus sesuatu objek.
- flash dan extension lense ada tapi djual berasingan.
- lensenyer tiada protector.. tiada filter yang bley melindungi lense dari masuk habuk. Member aku baru beli 3 hari dah ada habuk kat lense. hurm..

ART FOR GAZA

No Comments »



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
artforgaza@gmail.com
017 722 1986 (Pishal)

SUKA TENGOK BELON~

No Comments »





Dah lama benda alah nih.. tape la aku post kan jer.. busan sangat duk opis bukak tenet kn? hehe... Ahad ari tuh aku g nilai anto adik kesayangan ku, najwa balik ke MIAT.. then balik umah kul 3 ptg... busan busan, kol mmber gay aku, HAPIZ ajak g PUTRAJAYA.. air ballon fiesta, vroom! snap snap!

Sampai kat sane, alhamdulillah, cuaca sangat hebat dan indah sekali.. cuma panas skek. seb baik aku pakai losyen.. takde le gelap sangat kulit.. amik gambo sambil usha usha amoi cun~ perkk!! besh besh~

*nak tengok gambar lagi, ape kate klik kat SINI

Aku bogel

5 Comments »


Tadi aku n adik (najwa) g fotoshot kat jln ampang(aku postkan sesi foto tuh kat bawah). seronok dan teruja sbb kali pertama nk berjumpa ngan Evan (one of the best photographer in Malaysia). dia sekarang menjalani projek himpunan rakyat dalam koleksinya, so sebagai kawan dalam deviantart, die ajak aku amik gambo gaks~

tak lupa juga emjay yg gila gila, turut join kitorang utk sesi foto tuh. BEST! cuma sedey skek sbb tak ramai dari geng visionmsia datang td. tape lah~ masing masing ada keje kn? no hal!

more foto to go~

PUTRAJAYA

No Comments »



15 hb lepas lepak kat putrajaya dengan abg n adik n mmber mmber. best!
g taman botani tp cuaca mcm panas gak time tu sbb tengah hari kn?

tujuan aku g situ pon sbb abang aku baru balik dari south africa atas sebab kerja. 4 bulan tak jumpa dier. so, skg dier da balik, kene jumpe ler~ lepas ni dier g balik sana~

"LOVE, LIFE, LIVING" PHOTOSESSION #5

4 Comments »


I am confirming the number of members coming with Visionmsia group photo shooting. If you are interested send a note to =emmejay-fwz for your confirmation, along with your name and contact number, not later than this tuesday, 17th March. Time starting at 4pm. Lagi ramai lagi meriah!

Date: 21th March 2009
Venue: 807Studio at The Ampwalk, Jalan Ampang
Time: 9am- 9pm
(For Visionmsia group, the time is reserved at 4 till 5pm, depending on the number of attendees)

Evan will also be demonstrating us on how to take portrait photography into a professional level. Don't forget to bring your camera gears!

Or feel free to inquire ^estudio himself.

Layan jiwang.jiwangan

No Comments »

henti menangis kasih ku disini
henti menangis jangan difikir duka
biarkan dia jauh nun di sana

henti menangis sayang ku disini
henti menangis jangan difikirkan duka
biarkan dia jauh nun di sana

ku janji
ku kan pulang apa pun jua
yang akan terjadi nanti
sukar untuk ku jelaskan
rindu ini

henti menangis kasih ku disini
henti menangis jangan difikir duka
biarkan dia jauh nun di sana

ku janji
ku kan pulang apa pun jua
yang akan terjadi nanti
sukar untuk ku jelaskan
rindu ini

sukar untuk ku jelaskan
rindu ini

ku janji
ku kan pulang walau apa pun
yang kan terjadi nanti
terjadi.. apapun yang akan terjadi

*dicuri dari lirik indieband

Hip Hip Violin And DJ

No Comments »



Hip Hip Violin And DJ - video powered by CYRUSDAVIRUS

Wanita Tua terlepas naik flight

No Comments »

Fotografi

2 Comments »


Fotografi adalah sebuah mimpi seni. Ianya terlalu abstrak. Oleh itu, tak hairan la kalau begitu susah bg kebanyakan orang untuk memikirkannya. Dan bagi aku, ianya begitu malas dan busuk jika difikirkan bahawa kamera yang membikin dan mencantikkan foto. Kadang kadang selalu kedengaran ianya terlalu mudah untuk menyalahkan kamera jika fotonya tak cantek.

Beri tumpuan pada foto dan bukan pada kamera semata mata.
Inilah fotografi berseni!

60 EARTH HOUR

No Comments »

Selamatkan bumi kita. Ayuh sama sama bermandikan kegelapan pada 28 March 2009.

Sabtu Malam Yang Indah

1 Comment »








Sebagai peminat setia EPL, mesti semalam korang lepak kat kdai mamak sejak kul 6 ptg lagi kan? nak amik seat terbaik punya utk usha game antara 2 kelab gergasi; Manchester United dan Liverpool. The game was held at Old Trafford (MU home). Dan aku tak ketinggalan untuk sama sama saksikan game yg mcm best tuh bersama rakan GUNNERSku dan "musuh tradisi".

aku tanak citer pasal game semalam sbb korang mesti dah tau, kalu yg tak tau pon tgk ler soccernet ker, espn ker, guardian ker, sukati la~
Semalam kitorang lepak kat BRJ bistro Wangsa Maju, memang suatu tempat yang happening utk tgk bola. Terima kasih kat Hapiz, mmber aku sbb dier yg ajak aku lepak tgk bola, so aku bawak adik aku skali ler~

Jutaan peminat EPL menjadi saksi MU memang sayuran di tempat sendiri selepas dititik Loverfool. Aku tido dengan senyuman semalam~

i-POD Shuffle yg cambesh!

No Comments »


I-pod baru dah keluar. namanyer Ipod Shuffle gak cuma beza dari segi saiz iaitu terkecil didunia. memang dari dulu lagi APPLE ni memang suka wat benda benda yang terkecil didunia pon. dan satu benda yang best pasal ipod baru nih, die boley bercakap dan lebey kecil dari bateri AA! WTF??? ipod bley cakap kat kiter. haha~ mustahil kan? tak~
Ok, skrg kiter lepak tgk ape yg "special" pasal ipod shuffle baru keluaran apple ni:

1) tiada butang pada ipod, tetapi ada 3 butang pada earphone. so, jgn hilang atau rosakkan earphone anda. kalu tak memang tak bley nk control music

2) fungsi 3 butang pada earphone tuh amat limitasi skali. yang aku tau, anda tak boleh repeat music yang anda sedang dengar.

3) ipod nih bley bercakap. macamane? apabila ingin select mane mane lagu utk ddengari, hanya tekan satu butang selama 4-5 saat then akan dengar voice 
memberitahu list music yang ada dalam ipod anda. hebat kan? hebat gak, tapi cuba anda bayangkan kalu ada 1000 lagu dalam ipod dan dier akan memberitahu
satu per satu semua list lagu tersebut sampai anda pengsan! hebat jugak bukan?

Apa apa pon tahniah kat apple sbb skali lagi invent satu benda yang tak penah org terpikirkan.

Correct me if i'm wrong~

LETEY TAPI SEMANGAT

4 Comments »


last night, balik dari keje lewat dlm kul 10 mlm, mandi, solat, baring atas tilam empuk tanpa katil. baring dalam 2 minit, tetiba badan rasa rasta semangat nak ediT gamba. maybe dapat idea petang tadi surf tenet jap kat opis, usha usha reference kat lomography dan galeri ait(lecturerku - sila lihat UNITEDJERKS). 

aku kene "improve"kan lg skil editing nih. masih lemah! CDV jangan malas!!!
nk tgk size besar: klik sini

BUKU pop out yang besh!

No Comments »

tetiba terjumpa benda besh mcm nih.. hehe~

Dongengan banting #2

No Comments »





Ondawei nak balik umah kat teluk dato, ternampak plak masjid yang tersergam indah (bagi aku indah la~) sejuk jer mata memandang. rupa rupanya Masjid  yang di bina oleh salah satu Sultan Selangor. 

Nama masjid tuh pun agak menarik jugak. Masjid Alaeddin (Masjid Bandar) diambil sempena nama sultan yang bina masjid tuh, Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibnu Almarhum Raja Muda Musa iaitu Sultan Selangor yang kelima.

Sekali pandang, masjid nih macam mengambil pengaruh dari kerajaan Deli di Medan, Sumatera Utara. 

apa apa pon layan gambo yg telah aku snap~ terus menembak! snap! snap! snap!

Dongengan banting #1

2 Comments »

semalam aku g banting. saje lawat mak ayah aku kat situ. deran dari terengganu datang ke banting nk tengok firefly kat kuala selangor. aku tak dapat datang bersama sama derang tengok firefly tuh sbb urusan kerja. takpe lah, asalkan dapat jumpa derang pon ok gaks. terubat windu d hati. mak ayah kita kan.. bukan slalu jumpa.

so, semalam aku lepak kat banting bersama mak ayah n adik aku. ktorang pegi Bukit Jugra dimana terbinanya makan Sultan Selangor, Makan Diraja Almarhum Sultan Abdul Samad dan kerabat kerabatnya. Tujuan pegi situ sbb mak aku yang nak sangat. dah lama tak pegi katanyer. dulu masa dia gadis sunti slalu naik beskal jenjalan kat situ bersama rerakannya. so, skrg nak mengimbau kembali nostalgia alip ba ta p.ramlee la nih.. 

sedikit info:
almarhum sultan abd samad (sultan selangor keempat) nih mangkat pada 6 february 1898. kawasan makam nih seluas 5 ekar dan merupakan kawasan pemakaman keluarga draja Selangor sejak tahun 1886. kenapa aku bgtau semua nih?aku punya suka la~ lalala~ kebetulan aku bawak bini aku, ape lagi layan la gambo kat bawah nih~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...