19hb april 09, aku sebagai photojournalis hingusan bersama bapak orang, Encik Wan, Pegawai kesihatan, Artis Korea dan Orang awam KLCC, bercuti cuti di Banting, sebuah kawasan yang agak familiar dan ironi dengan jiwa aku - Kampungku. Tujuan utama kami adalah untuk melawat kolam udang dan ikan yang diusahakan oleh En Abdul Rahman (bapa encik wan kita~). Tetapi selepas tamat perjalanan, aku menyimpulkan bahawasanya tujuan utama kami yang sebenar adalah untuk bermain air di Morib.
Morib, here we go!
Bertolak jam 0914, aku, Orang awam KLCC, Pegawai kesihatan dan Artis Korea, sampai di depan IOI Mall puchong, kami menanti kelibat Mask Rider Bapak Orang bersama famili kesayangannya. Then, kami terus meneruskan perjalanan (apa aku cakap nih, lantak la~) menghala ke Banting. Alhamdulillah, kami tiba di umah Encik Wan jam 1130p pagi. Setelah menjamu juadah khas dari keluarga Encik Wan, kami bertolak ke Kolam udang dan ikan.
Seronok tak terperi.. sebab aku tak penah tgk kolam kolam di dengan lebey dekat. So, ari tuh aku memang teruja dengan suasana dan kedamaian kawasan kolam ikan tersebut. Memandangkan aku telah membawa bini terchenta bersamaku, maka dengan sesungguhnya sesi fotografi berlaku dengan jayanya~ hasil tangkapan:
Selepas layan kolam udang dan ikan selama 2 jam, kami berangkat ke sebuah pantai yang baru dibuka oleh keluarga encik wan, Pantai Kelanang namanya. Tiba di sana, suasana agak kureng kerana feel pantai tuh tak ada memandangkan ianya masih baru dan pantainya agak kotor.
Kemudian kami terus ke Morib dan bersantai disana selama 3,4 jam. Tanpa mandi. Adess..~ aku datang nk amik gambo jer.~ layan jer ler gambo kat bawah nih~
*nk tgk byk gambo, lepak kat flickr aku~
cakera berputar - Joanna & Co: Lutsinar
This entry was posted on Selasa, 21 April 2009 and is filed under dari lensa kaki berjalan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.
4 Responses to “Morib, here we go!”
nice pics!
terima kasih ya~
ok..
aku akan komen dgn bijksana..
hahhh..
gmbr2 yg tuan hmba amik mmg smrt..
bile kite nak g outing bersama...
hahhahah..
ble laa kite berkongsi mint..
Catat Ulasan