petikan.. dari blog hansuke
"
dari jauh aku melihat seorang sahabat kusyuk membaca dinding iklan masjid,
"ko baca ape tu bro?" sambil mendongak pada tempat yang sama.
"jom belajar bahasa arab, best ni" jawab N dengan penuh minat.
"berapa bayaran?" dengan cepat aku bertanya.
"free ni, takkan kena bayar" jawab N seolah menyindir.
lalu mata aku bergerak keseluruh sudut iklan itu
"RM30 seorang setiap sesi"
aku terus menunjukkan pada harga itu pada si N sambil berkata
"sekarang, semua ilmu nak kena bayar, sapa nak mengajar free"
"laa, aku ingat free, tak nak la kalu camtu" sapa N dengan pantas
lalu kami memasuki masjid untuk mendengar khutbah jumaat.
"
aku tringat nenek aku kat kampung mengajar Al Quran utk budak budak kampung Besut..
Nenek tak mintak ape ape pon.. Nenek mengajar je mane yg patut.. setiap hari.. termasuk Sabtu Ahad.. dari aku kecik tuet sampai skrg Nenek masih mengajar.
sampai skrg anak murid yg dh besar beranak pinak datang ke rumah bawa beras, makanan, lauk pauk .. dapur tak penah kurang dengan makanan.. semua dari anak murid.. itu blom raya lagi.. tiap tahun masa raya, memang rumah nenek penuh dengan anak muridnya datang berkunjung.
ayah penah ckp arwah onyang dulu pon mengajar org mengaji.. bila onyang meninggal, semua anak murid sambung blajar ngan nenek plak.. so dari situ aku dh lost count brape keturunan berapa ramai yg dh jadi anak murid nenek.. *termasuk la aku anak muridnya.. hehe...
bila kita ikhlas buat sesuatu kerja.. impak dia lain.. hasilnya lain.. kita tak mengharap langsung balasan.. dari situ kita tau sape yg menghargai kita..
sama mcm kerja yg aku buat.. photography.. harus jujur.. dulu aku lebih kepada tamak.. segala benda nak sebat.. janji pulangan lumayan.. tp aku tak sedar.. bila kita dh byk keje, kualiti drop.. kita mula pandang enteng benda benda kecik yg penting.. kita dh tak focus..
lepas ni tukar niat.. kualiti penting dari segala gala..
*sangat rindu kampung
2 Responses to “Tukar niat”
bagus la macam tu, janji ada quality, dan kita suka buat benda tu n tambah lagi kerana inginkan redha Allah, inshallah, mencurah-curah rezeki Dia balas kat kita nanti :)
kadang2 orang lupa benda ni, padahal semuanya datang dari Allah, asalkan kita ingat siapa kita, dari mana rezeki itu datang, semuanya akan berhasil pada masa akan datang. yg penting ikhlas.
all the best :D
quality will always be the priority..remember tat! money comes second, watever it is my support will always be with u my dear!!
xoxo
Catat Ulasan