Life goes on

Orang kate Jumaat tu penghulu segala hari.. yg aku tau special pasal jumaat ni, semayang jumaat je. kengkadang org cakap jgn buat jahat masa ari Jumaat, nanti dosanya lagi banyak.

"Ko jangan nak tipu.. hari ni hari jumaat tau!"

tapi yg pasti bila kita beramal masa ari Jumaat, lebih berkat..
Rasulullah s.a.w. menjelaskan fadhilat hari Jumaat, : “Apabila seorang Muslim berdoa dan memohon sesuatu Kebaikan kepada Allah s.w.t. pada hari Jumaat, maka Allah s.w.t. memberikan apa yang dia minta.”

3hb februari, hari Jumaat, nenek wifey selamat kembali ke rahmatullah sebab sakit tua. selama hari tu, seluruh keluarga sedekahkan Yassin dan Al-fatihah dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dengan orang orang yg solehah. Dan diharapkan semoga doa doa kami pada hari Jumaat dikabulkan.. 

walaupon aku tak begitu rapat dengan Allahyarhamah, tapi aku sempat berbual, bermesra dan berjumpa dengan beliau dan beliau sempat datang ke majlis perkahwinan kami di bangi dan terengganu. Aku rase bersyukur sebab sempat merasa kehadiran dia semasa masih bernyawa.


Nenek bersama aku masa majlis perkahwinan di Bangi

Nenek sanggup datang ke Terengganu utk hadir ke majlis kami. Tima kaseh nenek..



Al-Fatihah sebagai HADIAH kepada nenek. 

Semoga Allahyarhamah Hajah Maimunah ditempatkan disisi para soleh dan solehah.
AMIN

This entry was posted on Jumaat, 3 Februari 2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...