my starting point


kengkadang musibah yg kita terima dari Tuhan datang melalui macam macam cara. ada yg tetibe dapat. kte xbersedia nk hadapi tp dah kene layan. ada yg Tuhan dah bagi KLUE supaya kte bersedia hadapi kemungkinan. kalu yg sedar ngan KLUE tu alhamdulillah la, dh buat preparation. Tp camne plak kalu Tuhan dh bagi macam- macam KLUE tp kite wat dunno je.. hah itu kes aku.

mcm aku last 2 weeks, hard disk aku crash. dalam HD tu ada kerja aku 15 tahun lepas.. penuh dengan video photo kerja kerja kolej dulu dan blu blu skek, dan ya, aku tak buat bekap. the funny thing is, 2,3 hari sblum HD aku crash, bos aku penah tunjukkan aku video cara cara utk bekap file dengan selamat. tp mcm aku cakap la kn, aku buat dunno je.. padamuka aku.

kerja- kerja 15 tahun aku x risau sgt sbb kbanyakan aku dh upload kat server dan website. yang aku betul betul risau ialah file client yg aku xdeliver lg, folder pengantin. bukan file cikai cikai yg kalu hilang aku bleh wat balik.. bukan.. ini file event wedding yg aku xbole ulang. takkan nk ulang blik event kawin kn? giler ape.. 

dekat sminggu jugak aku xlena tdo duk terbayang muka client, muka famili derang muka beratus ratus tetamu yg hadir masa weds client. ape aku nk ckp kalu file tu hilang? seyes aku xsanggup. aku duk pikir sendiri kalu akulah di tempat client tu, mau aku meraung. yerlah, event tu skali je dalam hidup tetibe hilang, apa ko rase? kengkadang aku rase fobia bile tgk gambar kamera, tgk gambar pengantin, tgk facebook.. seyes aku fobia.. xtau kenapa.. ada rase mcm seram sejuk. menangis sudah, bersugul pon sudah. tapi apa guna kan? benda benda mcm tu xkan bawak blik file file aku yg hilang. 

mujur ada kawan aku penah wat recovery HD dulu dan 90% file dapat diselamatkan. tp aku still risau   kalau kalau file yg aku nak tu hilang. and harga utk servis recovery hard disk tu bukan murah murah. paling minimum 1k - 4k. bergantung pada servis. kengkadang aku terpikir, camne kalu aku dh bayar beribu ribu ringgit tp file yg aku nak tu, takde? dah la aku kene bayar, pastu file tu still hilang. ape aku nk buat?

sampai satu masa aku terlupa sesuatu. sesuatu yg dah lama aku tinggalkan. Sesuatu yg patut aku buat dari dulu. Ya, berserah, mohon pertolongan dari Tuhan. sampai masa tu, aku baru sedar aku dah lama xsolat, dah lama xberdoa. then start dari situ aku mula bersolat balik, slalu berdoa supaya mintak dijauhkan malapetaka.

Alhamdulillah, semalam aku dapat email list file yg dah diselamatkan, dan ada file yg aku betul betul nak. agak lega jugak la walopon aku xdapat lg hard disk tu, org recovery tu g outstation dalam mggu depan aku dpt hard disk. hmmm, walopon ada file yg hilang, tp at least file yg aku nak tu ada. Syukur pada Tuhan. doaku termakbul. Thnx wifey, Nurul yg slalu ada masa aku susah.. slalu support masa aku sedih giler.



Benda ni mcm agak cliche kan? tp itulah yg berlaku kat aku 2,3 minggu lepas. Lepas ni, insyallah aku nak berubah. berubah ke arah kebaikan.. dah lama sgt aku jadi jahat.. nk jugak rase jadi baik.. Benda yg berlaku kat aku ni mmg satu pengajaran. Dengan cerita ni, aku harap benda yg sama xberlaku kat korang..

Ape ape kerja yg kite wat, mesti kene ada bekap. xkisah la korang student ke, cekgu ke, ahli bomba ke, posmen ke, mesti kene ada bekap. tak la jadi mcm aku, kene spent duit utk dpt blik file kte yg dh lost.


kat bawah ni video workflow kepada korang yg run same business mcm aku.









This entry was posted on Selasa, 19 Julai 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...