Asimilasi


So, kat mane nak stat ek? Pikir jap~.

Sejak kecik aku dibesarkan di byk tempat luar n dalam negeri. Sebelum tadika, parents aku menetap di Eropah 1 setahun dan di Madinah selama 5 tahun. Aku sempat tadika kejap di Arab Saudi di sebuah sekolah tadika philiphine bersama abang aku. Balik Malaysia aku masuk tadika lagi kat TADIKA SEMPORNA. Lepas tuh trus masuk darjah satu.


Persekolahan aku ni memang byk kalu nk diceritekan. Start darjah satu smpai darjah 3 kat Sekolah Rendah Taman Seri Gombak.


Darjah 4 aku dibesarkan di Miri, Sarawak selama 5 tahun. So, aku memang byk dpengaruhi oleh budaya barat masa tuh sbb kat sane boleh kata semua semua umah ada parabola. Parabola ni bleh access siaran terus dari luar tanpa cut or edit. Skg dah ada astro yang kerjanyer bawak masuk benda luar n edit then baru salurkan ke Malaysia. Masa kat sarawak, aku byk kenal budaya n belajar dialek Sarawak. Ada skali time balik raya kat banting, aku ter”berborak” dialek Sarawak ngan macik aku, hehe, tersilap. Bg aku tempat paling besh ialah Miri. Sbb kawasannyer yang cepat membangun n tak crowded, tak ramai orang. Dan bagi aku Miri lebih update dari segi culture n sosial berbanding tempat lain termasuklah KL. Contoh yang aku nampak masa tuh skateboard dan inline skate. Masa tuh 1992/1993 kat miri dah ramai main skate, tp d kL orang stat giler skate dalam 1996/7 kat tv pon baru siarkan benda tuh. Aku tak tau ler kalu ader yang underground nyer skaters dah lama kn, tp yang comercialnyer kalu tak salah aku 1997 kut. Cam tuh ler.


Sekolah rendah kat Sayed Othman, Miri dan sekolah menengah kat St Columba. Orang sarawak kebanyakannyer peramah giler. Aweks putih putih plak, adess geram aku. Pergaulan kat sana ok la.. tp memang terlalu bebas bila dah meningkat remaja. Mybe kat sana kurang didikan agama kut. Sosial yang terlebih lebih berbanding KL. Kawan? Memang ramai, smpai skrg aku still berhubung ngan kawan di Sarawak.


Teringat masa aku masuk UTP dulu, kenal seorang budak ni, aku mcm pernah jumpa jer dier so aku tegur. Dah lama tuh baru tau yang dier pernah satu tuisyen ngan aku masa kat sarawak dulu. Khanif Fadle namanyer. Smpai sekarang still berhubung melalui facebook. Itu salah seorang rakan baik aku di Sarawak dulu.


1998 aku ke Alor Setar, Kedah selama setahun. Time tu aku form 3. amik PMR. Peristiwa tak bleh blah, sehari sebelum PMR ada satu rehearsal la utk tgk angka giliran n tempat duduk di dewan peperiksaan, aku tak pegi. Kenapa? Sbb masa tuh aku duk giler kat El Regina Tajuddin (aweks hot gimnastik masa tuh) aku duduk depan tv tgk slot Remaja kat TV3 ada awek tuh. Boleh tak? Layan~


Alor Setar aku mula berjinak ngan berbasikal. Aku memang suka berbasikal tak kire kat mane mane.. memang satu alor star tuh aku conquer~ perk.. time tuh kawan pon ramai, semua baik baik. Sekolah kat Sekolah Menengah Syed Mohammad Al-Bukhari. Sempat belajar dialek kedah n perangai orang kedah ni. Satu yg aku notice, aweks kedah nh mcm sombong skek. Tak le sombong sangat tp mcm jual mahal ler.. huhuh~ tak tau ler kan kalu time tuh aku terkena awek yang sombong.. tapi last last layan gak. Heh~


Last time, aku belajar kat Cosmopoint, terjumpa kawan lama aku masa kat Kedah dulu. Nama Hairi. Memang kecik sangat Malaysia ni. Setahun lepas tuh aku jumpa lagi sorang kawan baik aku masa kat kedah dulu. Faizi plak.. Betul sangat kecik Msia.


Lepas Kedah, aku terus ke Terengganu selama 5 tahun. Masuk form 4 sampai form 5 kat Sekolah Tengku Bariah. Kat terengganu nih memula culture shock gak ler.. sbb mcm takde pembangunan. Tempat macam pekan, takde wayang, wayang kulit ader ler..~ tapi kengkawan sumer ok. Terengganu paling besh dialek. Haha, banyak giler smpai skrg aku masih belajar lg dialek dialek ulu. Syok beb~


Beghayok!

Brekmok!

Koya

Enja

Gemok deybok (gelaran utk aku suatu masa dulu~)


Sampai sekarang, parents aku still kat sane, aku jer cari makan kat KL ni. Asimilasi ni bagus sebenarnyer dan aku berterima kasih pada ayah aku sbb beri peluang pada famili utk berasimilasi dengan sesuatu tempat.


Cakera berputar kembali: Yuna - Rocket

This entry was posted on Jumaat, 19 Jun 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

4 Responses to “Asimilasi”

Adila berkata...

perghhh byk pulak ko pindah randah ni

so, negeri mana yg jadi preberet dlm byk2 ni?

Ana Muslimat berkata...

Nice story when u try to remembered all the things...=)

cyruscope berkata...

adila
dalam byk tempat, Miri menjadi tempat paberet aku~ sbb byk peristiwa besh berlaku masa tuh. tak lupa juga suasana dan environment yang selesa dan aman.. tak de traffic jam~

ratu S
try to remember the best thing of my life when theres some problem unsolve~

iemochi numajiri berkata...

hahaha..saya la hery tu!!!huhuhu..aku syg kwn2 aku..wlupun kdg2 jrg cntact..tp kt hati ini sokmo!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...