Archive for April 2009

Dan aku berskandal #2

6 Comments »


Mata terbuka perlahan- lahan, pemandangan siling agak berpusing pusing macam cakera berputar laju. Kedengaran lagu John Legend – Ordinary sebagai background pagi yang shahdu itu. Pandangan agak kabur. Aku toleh kanan, handphone. Aku toleh kiri, jam loceng menandakan jam 9.12 pagi. Oh shit! Aku sepatutnya telah punch card di pejabat 12 minit awal tadi. Kenapa aku lambat bangun..? Terasa kepala aku pening sejak semalam tak hilang- hilang. Mataku tajam merenung pada handphone dan masa itu fikiran aku dah melayang membawa aku pada semalam yang luka.


Ya, semalam satu peristiwa telah berlaku. Tindakan aku yang agak keterlaluan telah mengundang sakit kepala dan tensi pada jiwa aku. Baby, maafkan aku. Tak terlintas langsung untuk mendekatkan tangan pada pipi gebumu. Aku memang bersalah kerana agak keterlaluan dalam hal ini. Tapi tindakan aku bersebab. Dan sebab yang tidak boleh aku terima, dan aku yakin semua lelaki tak akan menerimanya. 


Fakta 1: Kau masih bersama dia! Walaupun bulan lepas kau kata telah putus dengan-nya. 

Fakta 2: Dia masih menduakan aku. Terlalu berat ujian dari Tuhan untuk aku tanggung.


Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat. 

“..aku bertanya ”Kenapa masih bersama dia??”. Baby menjawab “Saya masih dengan dia sebab____________.”


Memang aku terpinga pinga, bingung dan hilang arah tujuan waktu itu. Aku menunggu jawapan dari lidah baby. Dia senyap. Dan aku bertanya buat kali kedua. Akhirnya dia mula bicara gagap. Jawapannya berbaur soalan “boleh tak kalau kita jgn bercakap pasal dia?”. Betul ker apa yang aku sedang dengar dari cuping telinga nih.  Sekali lagi aku terbeliak memandangnya dengan penuh kedunguan. Dia tidak memberikan sebarang jawapan dari soalan diatas, malah soalan yang konkrit kembali dituju pada aku. 


Jangan bercakap pasal dia? So, pada saat itu, pada detik itu, yang aku faham ialah, dia nak aku stay away from her n her fuckin’ scandal-lah. Then aku terfikir balik. So, kita nih ape? Kawan ke? Teman rapat ker? Couple ker? 3 tahun aku couple a.k.a bercinta ngan baby, dia berani suruh aku jgn bercakap pasal dia dan skandal-nya? Kapishh...


Dan aku terlewat ke pejabat.


Love really sucks~

But i will never stop loving her.

Dan aku berskandal #1

6 Comments »

Aku berdosa, aku menipu, aku mungkir janji dan aku tamak. Ya, aku sedar aku memang telah membuat satu keputusan yang drastik dan terburu buru. Tapi bukan salah aku. Bukan aku yang nak semua nih berlaku. Siapa yang mulakan dulu? Siapa yang mula menduakan aku? Kenapa sanggup memilih untuk bercinta dengan 2 lelaki secara serentak? Tak pening kepala ke? Tak letih ke, berbohong sepanjang masa?

Aku balas dendam? Mungkin. Mungkin hati aku pernah terguris, terseksa lebih 3 kali, dan lukanya masih belum sembuh, maka aku ambik keputusan untuk memasang spare-part dan ini balas dendamku.Dan spare part yang aku maksudkan bukan calang calang jelita. Cukup untuk membuat para mat rempit ber”comolot” tatkala gadis ini melintasi hadapan motor mereka. Cukup menawan sehingga Sasha Grey pun kalah.

3 bulan lepas...
aku call baby..
Aku: Hello?
Baby: hi, b..
Aku: baby ada kat mane tu?
Baby: Er.. 
(kedengaran dalam kereta, suara lelaki...)
Aku: baby? Kat mane tuh??!! Kenapa ada suara lelaki tuh???!!
Baby: er.. b.. er..
Aku: nak pegi mane???
Baby: nak pegi OU nih..er.. b..
Tup.. (aku tutup hp...)

Malam tuh, baby call aku. Dia berterus terang sambil berlinang air mata menceritakan hal sebenarnya. Walaupon ego aku agak tinggi tapi aku memang tak boleh dengar perempuan menangis, lemah lutut aku. Baby mula cerita yang dia memang ada pasang sorang lagi sejak sebulan lepas. Dan dia bertanya pada aku, adakah aku akan meninggalkan dia? Dan untuk kesekian kalinya aku berkata “tidak”. Kerana bagi aku, cinta yang ini adalah cinta mati. Cinta terakhir aku. Dan aku telah bernekad bahawa jika aku putus kali ini, maka aku takkan bercinta lagi. Kadang² aku tak faham dengan hati wanita ni. Kemungkinan soal duit dan harta. Aku tanya dia, “buat pilihan, aku atau dia?” dan baby berkata “boleh pilih 2 orang?”. Dalam hati aku, perempuan ni memang dah tak masuk akal. Berfikiran cetek dan tidak relevan. Tak logik langsung nak pilih 2 lelaki. Kalau lelaki tuh takpe lah.

So, aku membuat satu keputusan setelah memikirkan soal keluarga, soal keluarga-nya, soal saudara mara dan soal nenek dan atuk ku yang pernah aku bawa berjumpa dengannya. Aku memberinya satu tempoh untuk dia berfikir. Dan alhamdulillah, ternyata membuahkan hasil kerana dia telah “berfikiran waras” dan akan memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Jadi aku, dengan rasa leganya kembali mengumpulkan tenaga untuk memberi sepenuh kepercayaan kepadanya semula.

Tapi kenapa sekarang aku terus berdendam dengan dia? Kenapa aku terasa pedih setiap kali mendengar suaranya? Dan kenapa aku masih dengan dia sampai sekarang?

bersambung...




Morib, here we go!

4 Comments »

19hb april 09, aku sebagai photojournalis hingusan bersama bapak orang, Encik Wan, Pegawai kesihatan, Artis Korea dan Orang awam KLCC, bercuti cuti di Banting, sebuah kawasan yang agak familiar dan ironi dengan jiwa aku - Kampungku. Tujuan utama kami adalah untuk melawat kolam udang dan ikan yang diusahakan oleh En Abdul Rahman (bapa encik wan kita~). Tetapi selepas tamat perjalanan, aku menyimpulkan bahawasanya tujuan utama kami yang sebenar adalah untuk bermain air di Morib. 


Bertolak jam 0914, aku, Orang awam KLCC, Pegawai kesihatan dan Artis Korea, sampai di depan IOI Mall puchong, kami menanti kelibat Mask Rider Bapak Orang bersama famili kesayangannya. Then, kami terus meneruskan perjalanan (apa aku cakap nih, lantak la~) menghala ke Banting. Alhamdulillah, kami tiba di umah Encik Wan jam 1130p pagi. Setelah menjamu juadah khas dari keluarga Encik Wan, kami bertolak ke Kolam udang dan ikan.

Seronok tak terperi.. sebab aku tak penah tgk kolam kolam di dengan lebey dekat. So, ari tuh aku memang teruja dengan suasana dan kedamaian kawasan kolam ikan tersebut. Memandangkan aku telah membawa bini terchenta bersamaku, maka dengan sesungguhnya sesi fotografi berlaku dengan jayanya~  hasil tangkapan:

Selepas layan kolam udang dan ikan selama 2 jam, kami berangkat ke sebuah pantai yang baru dibuka oleh keluarga encik wan, Pantai Kelanang namanya. Tiba di sana, suasana agak kureng kerana feel pantai tuh tak ada memandangkan ianya masih baru dan pantainya agak kotor. 

Kemudian kami terus ke Morib dan bersantai disana selama 3,4 jam. Tanpa mandi. Adess..~ aku datang nk amik gambo jer.~ layan jer ler gambo kat bawah nih~


*nk tgk byk gambo, lepak kat flickr aku~
cakera berputar  - Joanna & Co: Lutsinar 

No Comments »











Tadi aku sempat pegi ke PWTC lagi..(minggu lepas dah gi..) untuk event Smart Kids 2009 Education Fair. So aku ditugaskan untuk amik seberapa banyak gambar yg buleh dari pagi sampai lunch. 


Date : 10 - 12 Apr 2009
Venue : PWTC (Putra World Trade Centre), KL.

FREE untuk budak umur 16 tahun ke bawah..  dan FREE 1k goodie bags setiap hari untuk early birds(budak saja ya..)

Proses Membaikpulih Gambar

No Comments »
















Gambar ayahanda ku berumur lingkungan 20-an. Kebetulan masa aku edit gambar nih adalah hari lahir ayahku yang ke 55. So aku hadiahkan dia gambar ni kat dia. Dia teruja & gembira.

















Gambar diatas ni plak time ayah aku konvo baru dapat ijazah. masa tuh, arwah onyang aku ada lagi. tuh yang duduk kat sebelah wan aku baju oren tuh. 

* cakera berputar: Magik - Sewarna

Lihat Dengar Rasakan

No Comments »

Dia telah berdiri coba berlari
Tak pernah dia jelang hidup yang inginkan
Kilau hari-hari dan birunya langit
Terhapus rasa indah terpejam oleh lelah
Dalam lelahnya mata nikmat dunia menjelma
Sejenak dia berharap malam tanpa batas
Bunda s'lalu tanamkan jangan pernah menyerah
Jalani dan panjatkan kelak syukur kau ucapkan pada diri Nya



Kumohonkan mudahkan hidupnya hiasi dengan belai Mu
Sucikan tangan-tangan yang memegang erat harta
Terangi harinya dengan lembut mentari Mu
Buka genggaman yang telah menjadi hak mereka

Ralat Atitud Diri

No Comments »

Semalam mcm bese datang opis bukak email yahoo bla bla bla, WTF? 107 inbox! shittos to tha max man.. sebelum nih tak pernah pon banyak giler email mcm nih. adess.. and then lebey kurang 4 page jugak ler aku kene bukak untuk clearkan sumer inbox tuh.. Perk~ and obviously, the most content came from CDDS group la kan? pahtu, semua isu isu yang buat orang naik darah~ pagi pagi dah wat orang naek darah. Macamane ler dah hidup dalam keharmonian ni.

Dah lama tak masuk forum yang pernah menjadi medan penambahan ilmu satu masa dulu d kolej. Sekarang, jadi medan endangered which i can say more to killing the drama. The forums turns out to be a field dats full of hatred and anger and most of all dumb punk ass whose think dat they were the most smartest ass in the whole universe. da? 
Aku perlu buat sesuatu untuk tenangkan keadaan. Then aku postkan something untuk Mak Ngah (Lecturer aku~) dengan harapan situasi akan reda dan sejuk skit.

KAJANG - sleepy town

No Comments »

Seronok bila dapat tau yg rumet aku nak balik tempat asal dia sebab nak amik barang. aku pon join ler derang.. kitorang g dalam 4 orang Lance, Keon, aku dan Nol(rumet aku). bertolak pakai rapid then dari midvalley pakai KTM sampai ke stesen Kajang. 
Pekan atau bandar kajang memang best (aku tak sure). Bz macam kl gak tapi kecik jer ler..  aweks pon ramai beb. amoi tak berapa ada kat situ.. maca
m kawasan melayu jer.. tape lah.. anyway, kitorang lepak kat situ sampai petang gak la kul 5 ptg kut.. sampai umah dalam kul 7~ fuh.. letey. 

gambar pasal kajang akan diuploadkan d flickr. tunggu ya?


Sahabat KONVO

No Comments »










Semalam aku lepak kat PWTC. bukannya ada perhimpunan amno atau education exhibition atau pc fair, tp konvo junior cosmopoint aku kat situ. kedatangan aku dsitu adalah dengan satu sebab. rindukan kenalan yang dah lama tak jumpa. 
alhamdulillah, kebanyakan yang aku jumpa masih sihat, masih heppi dan masih senyum ketawa. sebagai kawan, aku nak menyibuk dengan derang, amik gambo derang & berborak dll. aku harap dengan cara aku nih dapat diterjemahkan bahawa aku memang sayangkan kawan≤ku~

teringat balik time aku konvo tahun lepas. rasa macam semalam je aku konvo~ huhu~ dapat bunga, diploma, amik gambo, mama ayah datang raikan hari penting dalam hidup.. seronok betul. tapi itu dah lepas. dulu dulu dah habis. orang tua kata berjalan mesti ke depan, tapi kadang kadang kene toleh skit kat blakang nk tgk ape kita dah lalui, apa kita dah wat sebelum ni bukan sebagai mengungkit tapi sebagai pelajaran kehidupan.

tapi semalam aku tak berapa teruja sebab firdaus, mmber aku yang paling rapat masa cosmopoint KT tak dapat hadir atas sebab aku tak bley bgtao. down sekejap... sbb aku takkan ada masa nk jumpa mereka lagi selepas ini. maklum la, aku d kL dan derang kat kT. bukan senang nak jumpa. Amik Cuti? hahaha, untuk pekerjaan aku sekarang? tiada cuti dalam kamusku. hurm.. harap maklum.

din, siti, mirah n bF, zulkapan, pali, nizam, syamir,kak dia, gie, dan lain lain aku tak dapat nak sebut panjang tapi jgn bimbang aku masih ingat korang. rindu terubat~ hehe... kepada yang grad semalam 
"cari titik fokus pada masa depan, bangun bila jatuh. 
Kalau patah kaki, tongkatkan dengan lutut."

cakera berputar: lilly allen - naive

BOKEH itu DOF

6 Comments »

Mekaseh Nur Axiliana,

Ko nak wat bokeh atau DOF pakai lense standard? maksud lense standard tuh yang aku paham kit lense (contoh 18-55mm, atau 18-135mm). Sebenarnyer ko kene paham dulu macamane bokeh tuh terjadi~ stakat ilmu aku yg cetek ni aku rasa 3 benda jer yg ko kene amik pot.

1) panjang lense
biasanyer bokeh yg best perlukan focal length yang panjang.. nak kata panjang sangat tak ler jugak.. stakat 85mm prime dah memadai~ kalu ko kate standard lense macam kat atas tuh, aku rasa boley juga tapi ko kene close up skek (bukan macro tau, close up je..~) sbb dulu pon aku penah try pakai 18-55mm wat bokeh.. agak payah sikit ler.. then lepas banyak xperimen, ko akan tau kedudukan mana yang dperlukan utk mendapat bokeh yg best menggunakan lense standard tuh. satu cara yang aku pakai kalu guna 18-55mm nih, aku maximum kan zoom dia (55mm), close up skek, then fokus pada subjek, snap! hasilnyer pon agak membanggakan jugak. tp aku terlupa mana aku simpan gambo tuh.. dah takde dalam koleksi ku~

2) maximum aperture 
kalu boleh, aperture yang ko pakai mestilah maximum habis habisan! paham maksudku? ok, maksud maximum tuh ialah bukaan aperture ko sebesar mungkin. setiap lense ada maximum f nyer sendiri. tak semua lense boley wat f1.4 (besor tuh! dasyat bokeh nanti~) kalu ko pakai 18-55mm tuh, aku rase f3 atau f4.5 macam tuh la.. sudah bley wat bokeh. kalu dah f5 keatas tuh, dah xcantek bokehnyer~

3) background subjek
sebelum tuh lupa nk cakap, jarak background ngan subjek perlu jauh, baru nampak depth~ kalu ko nk shoot malam, lg best. make sure background ada lampu lampu skek.. baru menyerlah bokehnyer, nyum nyum~

aku rase kalu ko ikut tips/cara aku nih, insyallah, ko akan dapat best result. so, tuh ape tersengeh lg tuh, pegi la shot gambo!

Contoh gambar yang aku snap pakai 24-85mm:

*DOF=depth of field

AKu D'tag

3 Comments »

Baru tadi kene tag oleh blogger misteri;Akurosan.
So, first aku listkan orang yang kene tag, then soalan dan jawapan dibawah ya..

Perompak yang kene tag: UNITEDJERKS, SPYPCSS, Nur Axiliana, Ayez, IKIN

Siapa no 1 pada anda;
~ sudah terpampang diatas

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
~ kurang faham dengan kehendak soalan

Kata sesuatu berkenaan org no 5;
~ semoga berbahagia dengan bakal suami terchenta

Bagaimana dgn org no 4?
~ kenalan cyber yang baru (masih dalam perkenalan)

Siapa org no 2?
~ Seorang yang power IT tapi silap jurusan semasa kolej

Bagi pesanan pd org no 6;
~ semoga sentiasa dirahmati Allah swt dan menjalani kehidupan dengan penuh tabah.

Tamat tag.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...