Sahabat KONVO










Semalam aku lepak kat PWTC. bukannya ada perhimpunan amno atau education exhibition atau pc fair, tp konvo junior cosmopoint aku kat situ. kedatangan aku dsitu adalah dengan satu sebab. rindukan kenalan yang dah lama tak jumpa. 
alhamdulillah, kebanyakan yang aku jumpa masih sihat, masih heppi dan masih senyum ketawa. sebagai kawan, aku nak menyibuk dengan derang, amik gambo derang & berborak dll. aku harap dengan cara aku nih dapat diterjemahkan bahawa aku memang sayangkan kawan≤ku~

teringat balik time aku konvo tahun lepas. rasa macam semalam je aku konvo~ huhu~ dapat bunga, diploma, amik gambo, mama ayah datang raikan hari penting dalam hidup.. seronok betul. tapi itu dah lepas. dulu dulu dah habis. orang tua kata berjalan mesti ke depan, tapi kadang kadang kene toleh skit kat blakang nk tgk ape kita dah lalui, apa kita dah wat sebelum ni bukan sebagai mengungkit tapi sebagai pelajaran kehidupan.

tapi semalam aku tak berapa teruja sebab firdaus, mmber aku yang paling rapat masa cosmopoint KT tak dapat hadir atas sebab aku tak bley bgtao. down sekejap... sbb aku takkan ada masa nk jumpa mereka lagi selepas ini. maklum la, aku d kL dan derang kat kT. bukan senang nak jumpa. Amik Cuti? hahaha, untuk pekerjaan aku sekarang? tiada cuti dalam kamusku. hurm.. harap maklum.

din, siti, mirah n bF, zulkapan, pali, nizam, syamir,kak dia, gie, dan lain lain aku tak dapat nak sebut panjang tapi jgn bimbang aku masih ingat korang. rindu terubat~ hehe... kepada yang grad semalam 
"cari titik fokus pada masa depan, bangun bila jatuh. 
Kalau patah kaki, tongkatkan dengan lutut."

cakera berputar: lilly allen - naive

This entry was posted on Isnin, 6 April 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...