ada apa dengan nombor 9? aku nak cerita sikit pasal 9. 9 bulan penuh dengan teriakan, menitiskan air mata, 9 bulan penuh dengan kekurangan tidur, terjaga malam, 9 bulan penuh dengan masalah kesihatan, kekejangan kaki, 9 bulan penuh dengan keletihan, kelesuan.. tapi itulah ibu, tiap- tiap malam mengusap perutnya yg ada nyawa. mengusap perutnya yang bergerak gerak kerana ada insan didalamnya. 9 bulan mengusap perut tanda kasih mesra pada anaknya. tiap tiap malam sentiasa berborak dengan anak didalam perutnya. tak sabar menanti anaknya keluar agar dapat dia curahkan kasih sayang dan bermanja. ibu, begitu kasih dan cinta pada anak. setiap hari memanggil manggil anaknya untuk bermain bersama. dalam masa 9 bulan membawa nyawa seberat 3 kilo di dalam perut dan setiap hari tak kira masa, bekerja, makan, mandi, berehat, berjalan dan sebagainya. tiada hadiah tiada kata kata, tiada harta, tiada ungkapan yang dapat membalas jasa seorang ibu.
hari ni balik rumah sila berjumpa dengan ibu anda, bukan memberi ucapan "selamat hari ibu" bukan memberi hadiah, bukan kucupan tapi lihat perut ibu kamu. Usapkanlah perlahan lahan perut ibu kamu kerana di situlah tempat tinggal kamu sebelum kamu keluar ke muka bumi ini.
.amonth.
2 Responses to “Happy Hari Mama Sedunia”
mcm nak nangis baca sentences ko. huhuu! ko mcm sgt memahami kami yang mengandungkan baby. bestnye kalau satu hari nanti aku leh baca ayat-ayat macam ni dari anak aku sendiri.
*sob sob sob* TvT
ps: sjak mengandung aku smakin sensitif dan senang emo huhuuu! Lo!! 2 bulan lagi anak aku lahir, insyaAllah!! Doakan ktorang selamat!
AYEZ: sentiasa doakan keselamatan sahabat2ku~ semoga lancar perjalanan deliver nnti
Catat Ulasan