malam td aku berhajat nk pegi solat kat surau dekat dengan rumah aku. yer la, sejak aku pindah kat umah baru ni, tak pernah pon jejak kaki kat surau, asyik melintasi je, menjeling jer.. so smlm tergerak hati nak pegi solat isyak kat situ memandangkan free mlm tu.
aku gerak kul 820 ingat nk solat sunat dulu sbelum masuk waktu isyak kul 8.32 mlm. sampai je surau, terdengar ade ceramah. orait gak la, lama tak dengar ceramah sejak duk kL ni.. leh makan makan gak. memula besh gak.. cite pasal kematian. then cite pasal amalan dunia dan akhirat & cite pasal pengalaman.
pastu makin lama makin melencong cite bab xbleh ceramah la, xbleh sambut maulidur rasul la, pastu tup tap tup tap, si ustaz ni duk hentam gomen, aku ni nk kata PRO-GOMEN tu tak la.. aku jenis yg tak brape amik pot bab politik ni, sakit otak..tp agak agak la kn~
ini surau nk ceramah pon biar la yg mendatangkan ilmu.. nama pon ceramah, majlis ilmu.. kalu nk duk hentam je tu bukan ceramah bang.. awal awal dah besh dah bagi ilmu, then tetiba wah~ maki sana maki sini, kutuk sana kutuk sini. tak elok la dibuat di surau, rumah Allah swt.
ustaz tu sempat bagitao, dia dh 30 tahun berkhidmat di Tabung Haji. So? 30 tahun ko duk tabung haji tu bleh wat modal utk jadi penceramah ke? ada lesen untuk bagi ilmu ke? setahu aku gelaran ustaz yg diiktiraf dengan pencapaian ilmu, mengaji di universiti, ada kelulusan dari mana mana institusi yg diiktiraf. setakat berguru selama 40 tahun dengan tok haji yg datang dari mane, ko dah mengaku ko ustaz??? tok haji yg mengajar ko pon takde kelulusan mane mane. boleh jadi tok haji yg ajar ko tu ajaran sesat. who knows rite? mmg ler islam menyuruh kita sesama menasihati sesama beringat.. memberi ilmu..tp dengan lemah lembut bukan dengan provokasi. dan memberi ilmu yg betul.
ayat ayat ustaz yg aku ingat mlm td;
"..derang tu mengaku diri islam perangai mcm tu..."
anda siapa yg menentukan org islam atau tidak. itu kerja tuhan ler
"derang tak bagi kita ceramah orang berdakwah, sekat penyebaran agama Islam, dan sekat perkembangan ilmu"
boleh berceramah tp biar kene dengan gayanya. ni duk hentam sana sini, kutuk mengutuk, memecah belahkan umat.. tu yg salah bila berceramah. berceramah org bg ilmu, ko bg panas tlinge org. then kalu ko syok sgt nk berceramah, apakata solat dulu, then sambung la sampai kul 3 pagi pon tape..apa guna bg ceramah kalu melambatkan solat?
"..kalu nk ceramah kene mintak kebenaran sultan.. ape ape pasal agama kene mintak kebenaran sultan..." aku rase ustaz ni bukan orang malaysia la.. kalu dia org tanah melayu dia takkan ckp mcm tu. kenape? Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. So?
pastu yg tak tahan nyer siap buat VCD/kaset bagai. wahh!! berniaga plak ustaz ni. ello ustaz, org bg ilmu ikhlas bai, takde nyer nk "pengeras sepam dua"
siap ayat pancing lagi tu woi!!!
"ramai orang jumpa saya ckp terima kasih sbb lepas tgk vcd ustaz, derang ckup paham dengan Islam.. selama ni derang pegi 40-50 ceramah, tak masuk kepala pon.."
ayat nk suwoh org beli VCD dia la tu.. demmn~
ayat nk suwoh org beli VCD dia la tu.. demmn~
propa punya propa, aku tgk jam dah dekat kul 9, isyak dah lambat ni.. dah stengah jam lambat.. org kate jgn lambat kan sembahyang.. tepat kul 9 aku blah.. last last solat kat umah.. so long niggah~
update:
Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, Fasal XLVIII.(1)
update:
Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, Fasal XLVIII.(1)
The Head of the religion of the state shall be His Royal Highness dan His Royal Highness may cause laws to be enacted for the purpose of regulating religious affairs and for the Constitution of a Majlis Agama Islam, to be called in English "Council of Religion of Islam", to aid and advise His Royal Highness in all matters relating to the religion of the State.
3 Responses to “Gelaran Ustaz”
salam.
alahai sian ko bro.
entah la, orang camtu la kan, kata je ustaz pastu hentam menghentam orang lain untuk kepentingan diri sendiri, islam ke ajar macam tu? hm..
kebanyakkan nya memang camtu pon, ada gak selit untuk profit, macam yang aku pernah jumpa kat warong kopi, datang jual ubat, sebelom jual tu bagi hadis dan ayat al-quran bagai, kononnya bagi ayat al-quran orang akan terus beli la ubat dia kot. nak tipu orang kampung yang extreme islam boleh la, kalu kena plak orang kampung yang takda duit plak camne. sian orang kampung, dipergunakan camtu je.
orait la tu fad, ko pergi surau dengan niat yang baik pon dah dapat pahala dah. kalu nk dengar ceramah best datang la masjid setiawangsa, tak ada hentam orang lain punya, semuanya tentang ilmu untuk kebaikan kita gak. dah la imam baca macam yang kat mekah tu (mak aku la kata), sejuk je hati dengar ima tu baca. tapi setiawangsa ngn umah ko bapak jauh la plak kan. haha~
takpe la bro. teruskan mencari ilmu. itu semua dugaan niat yang baik ko je.
wallahua'lam.
setiawangsa ek? ada ms aku pegi.. nama masjid?
aku tak ingatla nama masjid tu. tapi ia bersebelahan LRT Putra Setiawangsa. ada masa datang le..;)
Catat Ulasan