Aku berdosa, aku menipu, aku mungkir janji dan aku tamak. Ya, aku sedar aku memang telah membuat satu keputusan yang drastik dan terburu buru. Tapi bukan salah aku. Bukan aku yang nak semua nih berlaku. Siapa yang mulakan dulu? Siapa yang mula menduakan aku? Kenapa sanggup memilih untuk bercinta dengan 2 lelaki secara serentak? Tak pening kepala ke? Tak letih ke, berbohong sepanjang masa?
Aku balas dendam? Mungkin. Mungkin hati aku pernah terguris, terseksa lebih 3 kali, dan lukanya masih belum sembuh, maka aku ambik keputusan untuk memasang spare-part dan ini balas dendamku.Dan spare part yang aku maksudkan bukan calang calang jelita. Cukup untuk membuat para mat rempit ber”comolot” tatkala gadis ini melintasi hadapan motor mereka. Cukup menawan sehingga Sasha Grey pun kalah.
3 bulan lepas...
aku call baby..
Aku: Hello?
Baby: hi, b..
Aku: baby ada kat mane tu?
Baby: Er..
(kedengaran dalam kereta, suara lelaki...)
Aku: baby? Kat mane tuh??!! Kenapa ada suara lelaki tuh???!!
Baby: er.. b.. er..
Aku: nak pegi mane???
Baby: nak pegi OU nih..er.. b..
Tup.. (aku tutup hp...)
Malam tuh, baby call aku. Dia berterus terang sambil berlinang air mata menceritakan hal sebenarnya. Walaupon ego aku agak tinggi tapi aku memang tak boleh dengar perempuan menangis, lemah lutut aku. Baby mula cerita yang dia memang ada pasang sorang lagi sejak sebulan lepas. Dan dia bertanya pada aku, adakah aku akan meninggalkan dia? Dan untuk kesekian kalinya aku berkata “tidak”. Kerana bagi aku, cinta yang ini adalah cinta mati. Cinta terakhir aku. Dan aku telah bernekad bahawa jika aku putus kali ini, maka aku takkan bercinta lagi. Kadang² aku tak faham dengan hati wanita ni. Kemungkinan soal duit dan harta. Aku tanya dia, “buat pilihan, aku atau dia?” dan baby berkata “boleh pilih 2 orang?”. Dalam hati aku, perempuan ni memang dah tak masuk akal. Berfikiran cetek dan tidak relevan. Tak logik langsung nak pilih 2 lelaki. Kalau lelaki tuh takpe lah.
So, aku membuat satu keputusan setelah memikirkan soal keluarga, soal keluarga-nya, soal saudara mara dan soal nenek dan atuk ku yang pernah aku bawa berjumpa dengannya. Aku memberinya satu tempoh untuk dia berfikir. Dan alhamdulillah, ternyata membuahkan hasil kerana dia telah “berfikiran waras” dan akan memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Jadi aku, dengan rasa leganya kembali mengumpulkan tenaga untuk memberi sepenuh kepercayaan kepadanya semula.
Tapi kenapa sekarang aku terus berdendam dengan dia? Kenapa aku terasa pedih setiap kali mendengar suaranya? Dan kenapa aku masih dengan dia sampai sekarang?
bersambung...
6 Responses to “Dan aku berskandal #1”
Ni cereka atau betul2 ek...
Ko x pernah cite kat aku pung..
Hmmmm......
umm..betul ke nih?...bersabarlah, setiap sesuatu yg berlaku ada hikmah semuanya...GOOD LUCK LOW!
cereka semata
drama automatically dalam kepala sepanjang i read this entry.
aliya: wow!
Alhamdullillah.
Catat Ulasan