Dan aku berskandal #2


Mata terbuka perlahan- lahan, pemandangan siling agak berpusing pusing macam cakera berputar laju. Kedengaran lagu John Legend – Ordinary sebagai background pagi yang shahdu itu. Pandangan agak kabur. Aku toleh kanan, handphone. Aku toleh kiri, jam loceng menandakan jam 9.12 pagi. Oh shit! Aku sepatutnya telah punch card di pejabat 12 minit awal tadi. Kenapa aku lambat bangun..? Terasa kepala aku pening sejak semalam tak hilang- hilang. Mataku tajam merenung pada handphone dan masa itu fikiran aku dah melayang membawa aku pada semalam yang luka.


Ya, semalam satu peristiwa telah berlaku. Tindakan aku yang agak keterlaluan telah mengundang sakit kepala dan tensi pada jiwa aku. Baby, maafkan aku. Tak terlintas langsung untuk mendekatkan tangan pada pipi gebumu. Aku memang bersalah kerana agak keterlaluan dalam hal ini. Tapi tindakan aku bersebab. Dan sebab yang tidak boleh aku terima, dan aku yakin semua lelaki tak akan menerimanya. 


Fakta 1: Kau masih bersama dia! Walaupun bulan lepas kau kata telah putus dengan-nya. 

Fakta 2: Dia masih menduakan aku. Terlalu berat ujian dari Tuhan untuk aku tanggung.


Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat. 

“..aku bertanya ”Kenapa masih bersama dia??”. Baby menjawab “Saya masih dengan dia sebab____________.”


Memang aku terpinga pinga, bingung dan hilang arah tujuan waktu itu. Aku menunggu jawapan dari lidah baby. Dia senyap. Dan aku bertanya buat kali kedua. Akhirnya dia mula bicara gagap. Jawapannya berbaur soalan “boleh tak kalau kita jgn bercakap pasal dia?”. Betul ker apa yang aku sedang dengar dari cuping telinga nih.  Sekali lagi aku terbeliak memandangnya dengan penuh kedunguan. Dia tidak memberikan sebarang jawapan dari soalan diatas, malah soalan yang konkrit kembali dituju pada aku. 


Jangan bercakap pasal dia? So, pada saat itu, pada detik itu, yang aku faham ialah, dia nak aku stay away from her n her fuckin’ scandal-lah. Then aku terfikir balik. So, kita nih ape? Kawan ke? Teman rapat ker? Couple ker? 3 tahun aku couple a.k.a bercinta ngan baby, dia berani suruh aku jgn bercakap pasal dia dan skandal-nya? Kapishh...


Dan aku terlewat ke pejabat.


Love really sucks~

But i will never stop loving her.

This entry was posted on Ahad, 26 April 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

6 Responses to “Dan aku berskandal #2”

ayez berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ayez berkata...

aku cuba untuk tidak meninggalkan komen yang bodoh ek.. hmm..

“Saya masih dengan dia sebab____________.”
sebab... sebab anda tak mampu memenuhi kehendak saya apabila saya memerlukan anda.

sebab.... sebab anda tak kelakar macam si polan.

sebab.. sebab anda tak kaye, tak hensem, tak best, tak tau..

maka dengan ini telah aku melakukan comment yang bodoh gak akhirnyaaa~ yeah!

alamak Lo aku semakin kunfius. ni betul cerekarama ko ke atau betul nih... aku cam sedih la plak. haihz.............

cyruscope berkata...

cerekarama dan drama swasta

ayez berkata...

aku tak tahan baca comment ko sambil tgk gambo munyitz tu... @_@

Emma Balqis berkata...

kahkahhhh nih reality ke drama.. eceh macam promote anak wayang lak aih..

Tanpa Nama berkata...

hnya org yg trlibat dlm citer ni je yg tau situasi sbnrnye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...