Pre_wedding Ayez & Hariz

3 Comments »



Minggu lepas aku ngan adik usha usha tempat berlangsungnya Persandingan Ayez aka shazanoor, merangkap opismate aku. dia kahwin ngan lelaki pilihan hatinyer Hariz. Quite a nice n gentle guy. kalu aku jd pempuan, sure aku ngurat mamat nih. aaww.. aku gay..~


So, tempat persandingan tuh kat Dewan Kesenian Islam, Shah Alam. besar giler dewannya. dalam tuh ada dalam 3,4 dewan lagi kut..~ sebenarnya tempat tuh bukan saja untuk persandingan, tapi untuk semua upacara start dari pertunangan, akad nikah n bersanding. all the events in the whole day. wow!! bukan wow idris ye.. 


so after take a few shots kat situ, kaji kaji skek tempat bersanding and all, aku ngan adik decide tuk take shot 2 merpati tuh sebagai prewedding. tapi tak banyak shots sebab kitorang kejar masa. ada event lain plak lepas tuh. sowei ayez n hariz...~


ape ape pon aku sempat bg gambar softcopy kat ayez..


"thank youuu~~~~"


katanyer~ ok chow~


cakera berputar lagi: Greenday - know ur enemy

Dan aku berskandal #3

8 Comments »

Jun 13

0832 Condo damai


Text Message

Baby : baby minta maaf sangat. Baby tak tahu kenapa bley jadi mcm nih?

Aku : cuba berfikiran realistik skit. Takkan la tamak sangat nak sampai 2 lelaki.

Baby : kita kawen cepat cepat la, senang cite

Aku : senang cite? macamane nak kawen kalau dah time couple perangai mcm nih?

Baby : habis tu, nk putus la nih ek?

Aku : siapa cakap?


Bridge


Malam itu malam rabu. Aku lepak kat mamak dengan teman teman rapat. Nothing much to do, wanna chill, hang out and all. Just one more drink to go then aku terus balik umah. Teman teman pelik dan cuak ngan gelagat  aku. 


“dude, where u at?”

just around the corner. Smokin’ around.

“Dont get into trouble bro~”

Yeah yeah, i know i know~


Kepala aku bercelaru. Pagi tadi lepas solat subuh, lepak ngan mmber sorang ni. Dia anak ustaz. Borak punya borak bley plak sampai topic cintan cintun. Jgn tanyer aku mcmane bley kuar bab ni lepas sembahyang subuh. Aku jeles dengan dia sbb dia tak pernah bercinta. Dia gelak kan aku. Ya, go ahead n laugh. Pertelingkahan dalaman aku masih pedih tak hilang hilang.  “Apehal lak ko nak sakit kepala pikirkan awek. Tgk cam aku. Teman baik aku pen ngan kertas. Dia lah bini aku, dia lah teman aku sebelum tido. Dia bg aku ilmu, aku yang dapat ilmu..”. "aku boleh wat ape aku suka..." 


Memang idup ni mcm roller coster. Ada naik ada turun. Aku faham hukum alam. Aku akui dengan takdir Yang Esa. Alhamdulillah aku still ada pegangan. Cuma ujian kali ini teramat berat. Terlalu jauh kedalam tanah.  Jatuhnya aku.~

Dan aku berskandal #2

6 Comments »


Mata terbuka perlahan- lahan, pemandangan siling agak berpusing pusing macam cakera berputar laju. Kedengaran lagu John Legend – Ordinary sebagai background pagi yang shahdu itu. Pandangan agak kabur. Aku toleh kanan, handphone. Aku toleh kiri, jam loceng menandakan jam 9.12 pagi. Oh shit! Aku sepatutnya telah punch card di pejabat 12 minit awal tadi. Kenapa aku lambat bangun..? Terasa kepala aku pening sejak semalam tak hilang- hilang. Mataku tajam merenung pada handphone dan masa itu fikiran aku dah melayang membawa aku pada semalam yang luka.


Ya, semalam satu peristiwa telah berlaku. Tindakan aku yang agak keterlaluan telah mengundang sakit kepala dan tensi pada jiwa aku. Baby, maafkan aku. Tak terlintas langsung untuk mendekatkan tangan pada pipi gebumu. Aku memang bersalah kerana agak keterlaluan dalam hal ini. Tapi tindakan aku bersebab. Dan sebab yang tidak boleh aku terima, dan aku yakin semua lelaki tak akan menerimanya. 


Fakta 1: Kau masih bersama dia! Walaupun bulan lepas kau kata telah putus dengan-nya. 

Fakta 2: Dia masih menduakan aku. Terlalu berat ujian dari Tuhan untuk aku tanggung.


Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat. 

“..aku bertanya ”Kenapa masih bersama dia??”. Baby menjawab “Saya masih dengan dia sebab____________.”


Memang aku terpinga pinga, bingung dan hilang arah tujuan waktu itu. Aku menunggu jawapan dari lidah baby. Dia senyap. Dan aku bertanya buat kali kedua. Akhirnya dia mula bicara gagap. Jawapannya berbaur soalan “boleh tak kalau kita jgn bercakap pasal dia?”. Betul ker apa yang aku sedang dengar dari cuping telinga nih.  Sekali lagi aku terbeliak memandangnya dengan penuh kedunguan. Dia tidak memberikan sebarang jawapan dari soalan diatas, malah soalan yang konkrit kembali dituju pada aku. 


Jangan bercakap pasal dia? So, pada saat itu, pada detik itu, yang aku faham ialah, dia nak aku stay away from her n her fuckin’ scandal-lah. Then aku terfikir balik. So, kita nih ape? Kawan ke? Teman rapat ker? Couple ker? 3 tahun aku couple a.k.a bercinta ngan baby, dia berani suruh aku jgn bercakap pasal dia dan skandal-nya? Kapishh...


Dan aku terlewat ke pejabat.


Love really sucks~

But i will never stop loving her.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...