Archive for Mei 2020

SUJUD & SAKIT

No Comments »







Hampir 5 tahun lepas aku mengidap penyakit gout. Siapa yang rapat dengan aku tau benda ni. Alhamdulillah sejak amalkan pemakanan yang sihat, dah lama aku tak kena. Cuma aku teringat satu masa bilamana gout melanda, dekat sebulan juga la solat duduk atas kerusi. Siapa yang ada gout pasti faham tahap kesakitannya. Sampaikan kaki terkena kain pun sakit mengalir air mata.

.

Dalam tempoh tu, aku rasa tak sermpurna solat sebab tak dapat sujud. Bayangkan sebulan aku tak dapat nk sujud. 

Dalam waktu itu juga aku sedar yang bila kita sihat tubuh badan utk bersolat, kita lalai, kita lupa. Masa tu baru kita sedar erti syukur, erti sempurna tubuh badan untuk menunaikan kewajipan. Bila dah sakit, bila dah solat atas kerusi, bila rasa diri seperti orang kurang upaya, baru kita rindu nak solat dengan sempurna, nak sujud. Bahkan, jika kita sedar, kedudukan sujud itu sendiri menunjukkan bahawa hati kita lebih tinggi dari otak, satu petanda bahwa Allah swt meletakkan darjat hati begitu tinggi melangkaui organ lain.

.

Sampai satu hari aku rasa kesakitan dh berkurangan, aku cuba utk solat seperti biasa. Dan pada saat sujud, Allahu, buat kali pertama aku dapat menikmati kemanisan sujud dengan sempurna. Aku sudahi solat dengan linangan air mata, tak dapat nak gambarkan nikmatnya sujud setelah sekian lama. Walaupon kaki masih sakit tapi tak terasa.

.

Allah bagi rezeki, kita pula bangga diri konon atas usaha sendiri. Allah bagi ujian, kita salahkan Dia. Allah uji kita dengan pelbagai ujian berat, kesakitan, musibah kerana Dia rindu nak dengar doa kita. Dia nak kita meminta kepadaNya. Dia nak kita merintih mengadu kepadaNya.

.

Tapi kita sombong, ego dengan Tuhan. Siapa kita?


2020 comeback

No Comments »

Bismillah
Dengan Nama Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah tahun 2020 aku tak tau knape tp aku rasa macam nk start balik menulis. Sbb aku rasa menulis ni buat jiwa aku tenang. tenang ke idok?

Aku menulis ni dalam musim PKP or what they called MCO. Aku dh lost count hari ke brape PKP. Whatever it is, yeah itu je nak bagtau.

Alhamdulillah banyak perubahan telah berlaku dalam diri aku dan sekeliling sejak aku menyepikan diri dari blogging ni.

Hari ini aku..

1. dah berumur 37 tahun dh nk dekat 40 la peh tua giler.

2. dh ada 2 anak Lutfi Haiqal dan Noah Andika.

3. berat aku dh turun kepada 73kg. (Dari 115kg)

4. dh start jaga solat sejak 4 tahun lepas. yes everyone make mistakes. dan aku tak malu utk admit kesalahan aku.

5. bergelar Creative Director di sebuah Syarikat Terkemuka di Malaysia.

Harap korang semua dalam keadaan sihat belaka. Miss u guys!

Cakera berputar kembali : 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...