Hampir 5 tahun lepas aku mengidap penyakit gout. Siapa yang rapat dengan aku tau benda ni. Alhamdulillah sejak amalkan pemakanan yang sihat, dah lama aku tak kena. Cuma aku teringat satu masa bilamana gout melanda, dekat sebulan juga la solat duduk atas kerusi. Siapa yang ada gout pasti faham tahap kesakitannya. Sampaikan kaki terkena kain pun sakit mengalir air mata.
.
Dalam tempoh tu, aku rasa tak sermpurna solat sebab tak dapat sujud. Bayangkan sebulan aku tak dapat nk sujud.
Dalam waktu itu juga aku sedar yang bila kita sihat tubuh badan utk bersolat, kita lalai, kita lupa. Masa tu baru kita sedar erti syukur, erti sempurna tubuh badan untuk menunaikan kewajipan. Bila dah sakit, bila dah solat atas kerusi, bila rasa diri seperti orang kurang upaya, baru kita rindu nak solat dengan sempurna, nak sujud. Bahkan, jika kita sedar, kedudukan sujud itu sendiri menunjukkan bahawa hati kita lebih tinggi dari otak, satu petanda bahwa Allah swt meletakkan darjat hati begitu tinggi melangkaui organ lain.
.
Sampai satu hari aku rasa kesakitan dh berkurangan, aku cuba utk solat seperti biasa. Dan pada saat sujud, Allahu, buat kali pertama aku dapat menikmati kemanisan sujud dengan sempurna. Aku sudahi solat dengan linangan air mata, tak dapat nak gambarkan nikmatnya sujud setelah sekian lama. Walaupon kaki masih sakit tapi tak terasa.
.
Allah bagi rezeki, kita pula bangga diri konon atas usaha sendiri. Allah bagi ujian, kita salahkan Dia. Allah uji kita dengan pelbagai ujian berat, kesakitan, musibah kerana Dia rindu nak dengar doa kita. Dia nak kita meminta kepadaNya. Dia nak kita merintih mengadu kepadaNya.
.
Tapi kita sombong, ego dengan Tuhan. Siapa kita?